Wednesday, January 19, 2011

CBD insertion

Salam.


Tangan melonjak ingin menaip. Hati tak sabar ingin bercerita walaupun jam dah 3 pagi. Aku baru balik dari oncall. Rajin kan. Lantak la orang nak kata pe. Tapi aku nak belajar. Dan atas kesabaran aku tunggu kat a&e tue, aku dapat peluang masukkan CBD aka tiub kencing.


Setakat tiub kencing pun nak bisingkan. so wat?? patient yang aku masukkan tue, datang dengan confusion, badan dia gerak2 tanpa henti. Kalo medic term tue chorea disorder. Kali pertama masukkan tiub kencing tue, aku yang kena kencing ngan patient tue. Bersembur kencing dia time aku tengah dok cari lubang kencing. Tapi alhamdulillah Allah masih sayangkan aku, kebetulan time tue aku rase lenguh kepala sebab memang susah betul nak cari lubang kencing dia, walaupun time tue aku under guidance senior dan nurse. Mungkin sebab mulut aku jugak kot, selalu sangat cakap susah. aku rase lebih 44 kali aku cakap kalo nak masukkan CBD kat perempuan memang susah compare tue lelaki. padahal aku tak pernah buat pun. last2 aku kena masukkan kat patient perempuan. Hamek ko.


Masa nak cari lubang tue, first attempt, aku masukkan, berjaya. tapi diorang kata vagina. Kalut aku kuarkan balik. try plak second attempt, memang tak leh masuk, mau tak nye, kena clitoris. Third attempt, masuk tapi terkuar balik sebab dia gerak2. Then, aku angkat pala, terus dia kencing. Subhanallah, seb baek time tue kepala aku bukan kat celah kangkang dia. Kalo tak, alamatnya aku yang end up dengan confusion tak pun jadi sakai terus. huhuhu. Kitorang suma menjerit bagai nak rak. mostly kena gak la percikan air kencing dia tue. Adoi. Suma lari pegi basuh tangan, terus tinggal auntie tue. Kecian tau. Pastu auntie tue pegi tendang suma instrument untuk insert CBD jatuh berterabur atas bawah katil.


Pastu bila dah kecoh doctor sudan pun datang r tanya wat happend?. Then dia suruh pasang gak CBD tue walaupun katil dah penuh ngan air kencing. Aku kecian gak kat auntie tue. Kalo boleh nak siapkan cepat n nak balik mandi tak bole tahan dah. Dua kali aku prepare sterile set. Hamek ko. Tak penah wat sangat. Skali wat sampai dua kali. Tue pun doctor guide tunjuk kat mane orifice dia. Alhamdulillah aku berjaya tolong auntie tue. Terima kasih gak kat senior2 yang tolong dok menjerit n bagi semangat. hihihi. 


Berani plak balik bilik pegi mandi kol 3.30 pagi sorang-sorang. Sebab tak tahan punya pasal. Tapi puas la. Rase adventure plak. suke2. pasni kena cuba pasang kat male patient plak. doctor kata bila pasang CBD kat male patient, time dekat prostate tue macam susah sket nak masuk. We will see how adventure it is. hehe

No comments:

Post a Comment