Sunday, October 30, 2011

oncall o&g

Salam.


Awesome!!! tue je yang mampu di ucapkan. first time rasa real oncall, 24 jam berdiri tanpa henti, kaki bengkak, nak pijak pun saket. tapi bila dapat sambut baby, dengar tangisan marhanis diorang, terus hilang segala penat lelah. paling syahdu, time sambut second baby, terdengar azan subuh berkumandang, rasa nak meleleh air mata ku tahan jebat. first sambut baby boy indian, dia ade lesung pipit. so so so comey. akak rasa nak cubit2 je adik oiiii. akak ke??? macam sesuai makcik je. hek-hek-hek.




Start oncall kol 9 pagi, malam tue siap mimpi2 dah ak tengah buat VE kat patient. Amboi, semangat giteww. Patient masuk tak henti2. lepas sorang, sorang. Dah la nak kena monitor setiap setengah jam. Makan tengahari kol 330 ptg, pagi tak sempat brekpas rasa nak telan orang pun ade. HOs time kitorang oncall suma lelaki. satu malaysia. suma baik gile.mengajar and bagi peluang. MOs awal2 jumpa baik, tapi bila tengah malam diorang kena bangun sebab ade HOs nak wat procedure, terus jadi macam singa. kol 3 pagi dok tanya aku soklan banyak gile macam hape je, ingat aku nak jawab?? lalok gile kot. tapi seb bek mengajar gak. Aku dapat wat 3 kali VE. Bagus gak la dah mimpi dulu sebelum perform kan. Macam de effect je kan. Memang seronok. Walaupun post call jalan melelong-lelong, tangan terketar-ketar sebab lapar gile, tapi bila teringat suma event2 kat wad bersalin tue jadik tersengih macam kerang busuk. Ade satu patient nie member aku budak laki monitor, pastu dia kata nak terberak. so nie kira sign mak tue nak start meneran la. kebetulan bilik bersalin tue agak penuh dengan patient. so doctor pun merata2 la, pastu aku dengar member aku menjerit, "nak berak!! nak berak!!". Aku pun keluar la dari bilik patient yang aku jaga tue, nampak la member aku ni dok melilau cari doctor. Memang lawak gaya dia. Pastu bila pegi bilik patient dia, sekali baby dah terlompat keluar dengan sendirinya. perghhhh.kalut suma doctor n nurse. untung la mak dia, senang beranak. :)






Pastu dekat2 nak subuh, ade mak nie tengah daftar kat kaunter tiba2 baby tak sabar nak kuar and say "hi everybody, good morning!", walaupun bila dia keluar nanti tengok muka kitorang suma macam mayat hidup je, dengan pakai seluar nye lagi mak dia, gagah lagi dok jalan walaupun terkangkang2, doctor terus amek kerusi yang ada roda (bukan kerusi roda), kerusi yang aku selalu duduk sebab malas nak jalan dari koridor ke bilik patient, susah2 sangat stool la nama dia, terus tolak patient dengan lajunye siap kona menyenget lagik. hahaha. seb bek sumanye selamat.






Orang kata nurse garang-garang, tapi sepanjang aku oncall nie diorang ok jer, tolerable je. cuma PPK je bising gile, tak paham aku. tapi bukan suma la. sket2 nak terjerit2. cakap pelan2 pun bole dengar laaa. aku bukan pekak lagi cuma mata je mengantok. arghhhh. tak payah nak emo sangat ok. tapi kawan aku kata diorang gurau2 je, yeke?? ok fine. >.<






Kalo tak salah perkiraan aku nie, time aku oncall, dekat 10-15 ibu yang bersalin secara SVD. Tapi yang sempat kitorang betul2 deliver, 7 je. sebab yang lain senang sangat keluar, tengah pakai gaun n glove tengok2 baby dah keluar, sempat deliver placenta je. uhuk. Post call camne?? jawabnye tido tanpa henti. sekian. :)



p/s : dok ajar mak2 push, nanti time aku, mampoo ke??

No comments:

Post a Comment