Sunday, October 30, 2011

oncall o&g

Salam.


Awesome!!! tue je yang mampu di ucapkan. first time rasa real oncall, 24 jam berdiri tanpa henti, kaki bengkak, nak pijak pun saket. tapi bila dapat sambut baby, dengar tangisan marhanis diorang, terus hilang segala penat lelah. paling syahdu, time sambut second baby, terdengar azan subuh berkumandang, rasa nak meleleh air mata ku tahan jebat. first sambut baby boy indian, dia ade lesung pipit. so so so comey. akak rasa nak cubit2 je adik oiiii. akak ke??? macam sesuai makcik je. hek-hek-hek.




Start oncall kol 9 pagi, malam tue siap mimpi2 dah ak tengah buat VE kat patient. Amboi, semangat giteww. Patient masuk tak henti2. lepas sorang, sorang. Dah la nak kena monitor setiap setengah jam. Makan tengahari kol 330 ptg, pagi tak sempat brekpas rasa nak telan orang pun ade. HOs time kitorang oncall suma lelaki. satu malaysia. suma baik gile.mengajar and bagi peluang. MOs awal2 jumpa baik, tapi bila tengah malam diorang kena bangun sebab ade HOs nak wat procedure, terus jadi macam singa. kol 3 pagi dok tanya aku soklan banyak gile macam hape je, ingat aku nak jawab?? lalok gile kot. tapi seb bek mengajar gak. Aku dapat wat 3 kali VE. Bagus gak la dah mimpi dulu sebelum perform kan. Macam de effect je kan. Memang seronok. Walaupun post call jalan melelong-lelong, tangan terketar-ketar sebab lapar gile, tapi bila teringat suma event2 kat wad bersalin tue jadik tersengih macam kerang busuk. Ade satu patient nie member aku budak laki monitor, pastu dia kata nak terberak. so nie kira sign mak tue nak start meneran la. kebetulan bilik bersalin tue agak penuh dengan patient. so doctor pun merata2 la, pastu aku dengar member aku menjerit, "nak berak!! nak berak!!". Aku pun keluar la dari bilik patient yang aku jaga tue, nampak la member aku ni dok melilau cari doctor. Memang lawak gaya dia. Pastu bila pegi bilik patient dia, sekali baby dah terlompat keluar dengan sendirinya. perghhhh.kalut suma doctor n nurse. untung la mak dia, senang beranak. :)






Pastu dekat2 nak subuh, ade mak nie tengah daftar kat kaunter tiba2 baby tak sabar nak kuar and say "hi everybody, good morning!", walaupun bila dia keluar nanti tengok muka kitorang suma macam mayat hidup je, dengan pakai seluar nye lagi mak dia, gagah lagi dok jalan walaupun terkangkang2, doctor terus amek kerusi yang ada roda (bukan kerusi roda), kerusi yang aku selalu duduk sebab malas nak jalan dari koridor ke bilik patient, susah2 sangat stool la nama dia, terus tolak patient dengan lajunye siap kona menyenget lagik. hahaha. seb bek sumanye selamat.






Orang kata nurse garang-garang, tapi sepanjang aku oncall nie diorang ok jer, tolerable je. cuma PPK je bising gile, tak paham aku. tapi bukan suma la. sket2 nak terjerit2. cakap pelan2 pun bole dengar laaa. aku bukan pekak lagi cuma mata je mengantok. arghhhh. tak payah nak emo sangat ok. tapi kawan aku kata diorang gurau2 je, yeke?? ok fine. >.<






Kalo tak salah perkiraan aku nie, time aku oncall, dekat 10-15 ibu yang bersalin secara SVD. Tapi yang sempat kitorang betul2 deliver, 7 je. sebab yang lain senang sangat keluar, tengah pakai gaun n glove tengok2 baby dah keluar, sempat deliver placenta je. uhuk. Post call camne?? jawabnye tido tanpa henti. sekian. :)



p/s : dok ajar mak2 push, nanti time aku, mampoo ke??

Wednesday, October 12, 2011

tunaikan impian saya

Salam.


takdak pe nak cakap. cuma nak nak!!!





long skirt...sob2



english cotton..raja haji kan nak dekat..sob3



abaya..bila kat umah nak kuar malam2 sarung je..sob4




black frame spectacles..sob5





d3100..waaaa :(


p/s : oh billionaire @_@ (mata duitan sudaa)

Wednesday, August 17, 2011

panggilan hangit

Salam.


Tadi anak buah ak yang bijaksana call


Fatin : Hello, maksu-maksu-maksu


Aku : Haaaa.awat-awat? ada apa?


Fatin : Tadi kawan abah mai rumah, dia tak kawen lagi, dia buka kedai baju, dia nak ngorat maksu boleh tak? Dia hensem, betui fatin tak tipu, sesuwai sangat dengan maksu!


Aku : Hahh?? awat tiba-tiba plak? hensem macam fahrin ahmad ka? *sempat lagi tuhh* 
sapa nama dia?


Fatin : Sat nak tanya abah


Aku pun dengar la dia jerit, abahhhh, kawan abah tu nama sapaaa??


Fatin : Nama dia yusuf


Aku : Yusuf taiyoob ka?? *sambil gelak jahat* hahahaha


Fatin : Bukannnnnnnnnn!!!


Aku : Abes tu???


Fatin : Yusuf haslam








rasa nak hempaih ja henpon!!

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan al mubarak

Salam Ramadhan


Sunnah susunan Sheikh Sayyid Sabiq.  Semoga kita semua dapat mengamalkannya, insyaALLAH.
1.  Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.”  (HR Bukhari & Muslim)
Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.”  Ada seseorang bertanya:  “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?”  Ia menjawab:  “Kira-kira 50 ayat.”  (HR Bukhari & Muslim)
Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.”  (HR Muslim)
 2.  Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka
Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.”  (HR Bukhari & Muslim)
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat.  Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering).  Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.”  (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)
3.  Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.
Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”
4.  Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda:  “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak.  Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata:  “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””.  (HR Bukhari & Muslim)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)
5.  Bersiwak atau menggosok gigi. 
Amir bin Rabi’ah berkata,  “Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa.  Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.”  (HR Bukhari)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.”  (HR Bukhari)
6.  Bermurah hati dan banyak menderma.
Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril.  Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran.  Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)
7.  Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.
(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)
Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya.  Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran.  Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.
8.  Memberi makan untuk berbuka puasa.
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.”  (HR At Turmudzy)
9.  Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:  “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.”  (HR Bukhari & Muslim) 
10.  Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata:  “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.”  (HR Bukhari & Muslim)
11.  Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.
Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.”  (HR Bukhari & Muslim)
Dari Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.”  (HR Bukhari & Muslim)



p/s : credit to http://tulahan.blogspot.com. Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna :)

Monday, July 25, 2011

how to make simple dress

Salam.


Rasa excited sangat. tangan pun menggigil nih. hari ahad lepas masa kuar ngan myna rasa frust sangat tak dapat beli dress kat masjid jamek tue. nak kata mahal, memang standard la harga dia. cuma ak yang sengkek. disebabkan nak cover balik perasaan "tak puas hati tak dapat dress tue" otak ak mula melilau. tangan mula menggogle. keja ak seharian bila buka facebook mesti nak cari page baju2 online. tiba2 petang tadi terase nak google "how to make simple dress". bila tengok video tue, alamak, senang kacang nye dia jahit. xyah pakai mesin jahit pun. tangan ak sekali lagi melilau dalam almari nak cari kain nak wat baju. masalahnye suma baju ak nak pakai lagi. selongkar abes almari, pikir punya pikir, last2 ak amek tudung kakak ak bagi. mula2 lagi teruk, ak pikir nak je amek sarung tilam ak nih. hahaha. pastu pikir lagi, kalau la menjadi baju tue, sumpah ak tak pakai. ngeng. 


Setelah bertungkus lumus selama dua jam, dengan buku pun tak baca. *macam la selama nie ak dok baca sangat buku sampai dua jam kan*. siap la dress yang ak namakan, 'redah kasi siap'. hahaha. malu la nak tunjuk. agagagaa


sambil wat muka tebal 40 inci.










tadaaaa~~ ^_^

ok, seyes malu giler. sebab ak tak biase wat keja2 jual baju online nie. so memang tak reti nak wat gaya2 model. Ak try gaya kan ngan rantai plak. n nie hasil dia.






simple je. tak tau la berani nak pakai keluar ke tak. hihihi




p/s : lulus tak nie?? ^_^'









Saturday, July 23, 2011

last oncall

Salam


Ok, mood sedey. Baru abes postcall. Semalam ak dapat patient depressed. nak bunuh diri. cara dia nak bunuh diri memang wa salute. dia spray ridsect dalam air. intelligence. ak pun tak penah terpikir lak. selalu orang minum je racun tikus ke, clorox ke. tapi bila ak tau kisah dia memang appropriate la dengan tindakan dia. masalah habis madu sepah dibuang. 


Aku dah baik dengan patient chinese lelaki sorang nie. yayy2. Alkisahnya, aritu masa dia admit, ak oncal. so ak dah clerk n make rapport ngan dia la. so bila dia nampak ak dia akan tanya, bila Prof nak datang sebab dia ade somethin nak cakap kat Prof. Ak pun gitau la, pagi nie dia datang la. Pastu petang dia tanya lagi, ak cakap kejap lagi dia datang. Esoknya dia tanya lagi, ak cakap Prof sibuk. Alih2 petang tue dia nampak ak dia kata ak penipu. waaaa. dia geleng2 tanak cakap ngan ak dah. sedey gile. ak plak yang depress. Pastu malam tadi oncall ak senyum kat dia, dia senyum kat ak balik. masa nak wat ecg kat patient lain, dia tolong cari suis lampu kat ak. alaaa..so sweet. ngehehe. ak tanya dia dah ok ke, dia cakap ok2. legaa mak nak. :)


Bila patient yang ak kenal mula mengalirkan air mata, ak plak mula berhingus. patient laki malay, dia agak alim la.pakai kopiah setiap masa. pastu dok cakap suami nie punya status yang tinggi. dia kalo doa, suma menda bole dapat. agak berlagak bunyinya kalau time dia bercerita. konon hebat. ak tanya dia soklan, dia tanya balik ak soklan yang sama. siap suruh senaraikan beberapa contoh lagi. sabo jela. pastu dia memang senang marah. kalau salah tanya soklan, dia mula nak meradang. pastu baru2 nie, dia wat ect. bagi electric shock kat kepala. so salah satu side effect dia loss of memory. tengah ak dok dancing2 ngan auntie chinese aritu, dia gamit panggil ak pegi kat katil dia. ak pegi la. nampak muka sedey gile. pelik la ak. selalu garang semacam. dia kata dia baru lepas buat ect. dia tak ingat suma benda. dia tau dia ada anak, tapi taktau diorang katne. air mata dia dah bertakung, ak cakap la memang side effect ect camtu, dalam sehari dua dia akan dapat balik ingatan dia. dia rasa penat nak kena ingat suma benda. sedey ak tengok dia. :( ak suruh dia rest dulu, kalo rasa sunyi, sedey, nak gitau pape, panggil je ak. bape ari lepas ak nampak dia solat jemaah ngan sorang patient nie kat tepi katil. aloloo.comel je diorang. 


Disebabkan tengah cite pasal alim2 nie, teringat sorang patient perempuan plak. malay, umur lebih kurang je ngan kte2. dia kalo ko tanya ape jenis soklan pun, last2 ending dia, saya terpilih untuk ke Gaza. Ada orang offer saya untuk naik kapal mavi marmara. ak naik tensen aka bengong sekejap untuk tanya soklan seterusnye. tapi dia selalu pagi2 akan ingatkan ak suruh baca al mathurat. bagus kan. cuma dia terlalu taksub pasal agama. kekadang permulaan dia cakap memang betul, pastu dia start melalut. risau gak ak. aritu yang ak tak tahan, dia tengok tv, rancangan tanyalah ustaz, ak dok kat kaunter nurse tengok je behaviour dia. last skali after rancangan tue abes kan ade zikir or doa penutup camtu. dia ajak auntie chinese tue tengok, pastu suruh tadah tangan baca doa tue skali. auntie tue pun blur2 ikut la. ak mampu tersengih jela. hanya diorang je yang paham antara diorang. hihi


yang paling ak tensen, tapi bila teringat sekarang rasa lawak la plak. ak tanya sorang patient nie, awak keja ape? simple je soklan ak nie rasanye. dia pun minta pen n kertas. ak bagi jela. rupanya dia nak lukis peta antara rumah dia n tempat keja dia. ingat nak panggil ak p kenduri umah dia ke hape. dah siap lukis. pastu yang tak tahan, dia kata, 


"alamak, mengapa saya lukis rumah saya sangat  kecil, muat ke nak duduk nie??". 


erkkkkk. @.@ 


nak je ak cakap, kalo awak nak guna skala hektar or kilometrico pun boleyyy~~soley2. 




p/s : tak mampu berkata2 dah, hanya mampu :)

Thursday, July 21, 2011

oncall sakai

Salam.


Masih di wad psychiatric. Sekarang tengah minggu oncall wad. ades, agak kepenatan after postcall sebab kena present progression patient yang new admission kat consultant, lecturer n MOs. tapi seronok. lebih kurang kite kenal suma patient dalam wad. so jadi tak takut sangat la. sebab kite bole bajet sejauh mane keganasan yang mampu diorang wat. 


Baru2 nie oncall memang kecoh betul wad. Ade sorang patient nie, dia masuk sebab depress kena tipu dengan syarikat phone. so dia jadi anti dengan semua jenis gajet atau pape teknologi yang ade la sampai phone aku pun dia dok kutuk, sentap mak nak occay. kebetulan ade sorang lagi patient nie bawak laptop. tetibe patient anti-gajet nie menjerit kat dia, " ko tak payah nak berlagak sangat dengan laptop ko tuh boleh tak? p mampus la!" mau tak sentap patient tue, dia tue plak masuk sebab depress gak, terus menangis meraung kuat giler siap melutut tepi katil dok tanya ape kesalahan dia. adoiii. ak rasa nak gigit2 je diorang nie kekadang.


Aku suka sorang auntie chinese nie, dia orang yang paling gembira sepanjang masa dalam wad sakai nie yang penah aku jumpa. aritu dia ajak aku dancing2 ngan dia. layan jela. nyanyi lagu melayu pun pandai. aritu dok sembang2 ngan dia, bila dah terlampau talkative sampai dia cakap cina. berdengung aku nak paham. pastu aku pun belasah la "wa ai ni"sebab yang tue je yang aku tau bahasa cina. sekali dia jadi manic, dia dok ulang cakap, "lu cinta wa"-"wa cinta lu". pastu gelak2 kuat giler. alamakkk. terus aku soh dia baring kat katil n tido. agaga.


part patient laki plak, aku anti ngan sorang  nie. dia lebih kurang otai dalam wad. sebabnye dia paling lama dok kat wad tue. bila aku jalan ulang alik dalam wad dok wat keja, boleh plak dia kata "kiri kanan kirii; kiri kanan kiriii!!" pastu siap ajak geng2 dia nyanyi lagu inilah barisan kitaaa~~~ aku rasa nak jerit je kat dia. dia memang. memang arghhhhh!! 


pastu ade patient sorang nie. amboi2 rajin bebeno dia. suma keja dia nak tolong. bila aku nak wat ecg kat patient, dia tolong buka lampu, tarik kan katil, kebetulan mesin problem dia tolong nak tengok, nak check. haru biru aku. bila patient laki aku jadi takut sket, actually takut banyak. hahaha.


yang paling jadi igauan aku bila patient yang ade hallucination. rupanya macam2 hantu ada kat dunia nie. kekadang bila tengah cakap dengan patient, diorang kata haaaa..hantu tengah bisik kat telinga saya nie. haaaa..saka tue ada kat bawah katil tue. haaaa..saya nampak lembaga hitam kat tingkap tue. haaaa..semputtt. yang auntie chinese tue lagi best, "hantu doktor" pun ade. siap soh dia makan ubat lagi. jangan dia kata aku pun hantu sudah laa. @.@




p/s : last oncall sabtu nie, sedey plak rasanya (bipolar in depressed phase) :')